
Allahu :'(Friday, 31 January 2014 • 08:28 • 0 comments
kiamat sudah dekat , Tidakkah kita mengetahui . Sejauh manakah amalan kita , layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa , Adakah amalan kita sudah sempurna ..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah ...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia ....
Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah : Penaklukan Baitulmuqaddis . Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w . telah bersabda : " Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat ." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis ." * Sahih Bukhari* Zina bermaharajalela . "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk , yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai) . Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang ." * Sahih Muslim* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang . "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang ." * Abu Hurairah r.a* Bermaharajalela alat muzik . "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh , rusuhan dan perubahan muka . Ada yang bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi ?" Baginda menjawab : "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah* Menghias masjid dan membanggakannya . "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai .* Munculnya kekejian , memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik . "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji , memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga ." * Riwayat Ahmad dan Hakim* Ramai orang soleh meninggal dunia . "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi , maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran ." * Riwayat Ahmad* Orang hina mendapat kedudukan terhormat . "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina) . Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja . "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja ." * Riwayat Ahmad* Bulan sabit kelihatan besar . "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit ." * Riwayat Thabrani* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita . "Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar . "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai . "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim* Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada , yang terkini .. Salji turun di Dubai (BH , 31 Dis.2004). Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia .
|
Owner ♥
Thank for visiting
![]() Welcome[Crush And Fallen For Mr.Shomel] Archive ♥
My Old Post
Allahu Akbar !
Wanita Solehah untuk Lelaki yg soleh
kecantikan Ainul Mardiah
Jawapan jujur dari iblis "makhluk terlakna
PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR
Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat
Astaghfirullah!! Mayat Diseksa Selepas 3 Jam
KISAH DARI ...
Pelajar melay...
P...
Credits ♥
Don't ever remove the credit
Best View:Amnie Owner blog: Tyrah |